Wednesday, September 21, 2011

perghh. lame giler aku tak update.
malas tu satu hal, lagi satu masalah sebab bilik aku takde tenet.
ni pon online pakai komputer riba kawan. haha

sekarang da start belajar. so, aku pon slow2 gak online.
da jarang blogwalking. da jarang usha2 awek blog. haha

sekarang ni pon ade kelas. tapi aku tak pegi pon.
sebab sampai je depan kelas, kelasmate aku cakap aku takleh masuk kelas.
sebab pakai seliper fipper ngan baju round neck.
biase la tu anak muda. sempoi je pegi kelas.
last2 takleh masuk kelas. padan muke! hahaha
www.tips-fb.com

Saturday, August 13, 2011

Kebangkitan Liverpool

Dengan pembelian 3 pemaen... sama2 kiter saksikan kebangkitan liverpool malam nin....


www.tips-fb.com

Wednesday, June 22, 2011


patot la sek barca mntap sangat di era ini,...dari kecik ag duk gelek bola
www.tips-fb.com

Thursday, June 16, 2011

Imam Al-Ghazali mengemukakan ada 14 macam bahaya lidah yang harus diperhatikan manusia.


Pertama, perkataan yang tidak bermanfaat yang boleh membuatkan hati kasar.


Kedua, mereka yang banyak bercakap, maka dia banyak bohong.


Ketiga, bersembang kosong. Padahal ciri-ciri orang beriman (QS 23:3) adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri dari perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.


Keempat, menyebabkan pertengkaran dan dendam.


Kelima, banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.


Keenam, mereka yang berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.


Ketujuh, ucapan yang mengandungi makian dan cacian.


Kelapan, ucapan yang mengutuk seseorang atau satu golongan.


Kesembilan, ungkapan syair atau nyanyian yang membangkitkan nafsu kebinatangan seseorang.


Kesepuluh, senda gurau dengan memperolok-olok orang lain. Rasulullah bersabda: ‘” Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria.”


Kesebelas, mengejek orang lain. Allah berfirman: ”Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum merendahkan (mentertawakan) kaum yang lain. Boleh jadi (yang ditertawakan itu) lebih baik dari mereka (yang mentertawakan). Jangan pula sekelompok wanita mentertawakan kelompok wanita yang lain, boleh jadi (yang diperolok-olok itu) lebih baik dari mereka dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk,”” (QS 49: 11).


Kedua belas, membuka rahsia orang lain.


Ketiga belas, berjanji palsu.


Keempat belas, bersumpah palsu. Semua itu akan merosak nilai-nilai amanah. Rasulullah bersabda: ”Waspadalah terhadap pembohong! Sebab pembohong dan orang-orang yang zalim sama-sama dalam neraka.” (HR Ibnu Majah)

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah: ”Apa penyebab terbesar orang masuk neraka?” Nabi menjawab: ””Kerana lidah dan kemaluannya.” (HR Turmudzi).
Mudah-mudahan kita semua dapat mengendalikan diri.




www.tips-fb.com

Tuesday, June 14, 2011

kite nok juara liga super jugok

haha,lepas berehat lame sket dari balik bukit jalil aritu,arini baru rase nok cite gane semangat anok ganu kat bukit jalil mase tu..hok balik awal tu memang ade doh,tapi pah bile dengor gol minit 98 tu macang ge tsunami orang ganu masuk stadiung mula..haha..baru mu tahu rugi dok tunggu sapa abih..nasib gok awok-awok ni semangat nok tunggu prabih game..pahtu doksoh kabo aa..nopak cakting-cakting sapa ke abih mase maen..lembek teruh wasean..tapi tu aa,dok rugi sikit gi stadiung rase..sebab bukan sokmo bola Ganu nelang macang ge leni..harap nelang sokmo aa pahni..

malang tadi pon kite maen brambak ngn adik kite..Ganu baham 1,T-team pitah 2-1..tapi las-las abang ejah gok wat menang 3-2..napok gaye macang nok kejor liga super jugok nih..klo menang gok,raye aa kali nih..haha..tapi tengok Selangor nge Klatang menang gok..memang tunggu game ngelah skali aa..macang EPL pon ade doh Liga Super ni..game ngelah baru bleh tahu siape juare..tapi klo Ganu dok menang pon,nok wat gane,Piala FA kite ade doh..haha..puah doh gune  wat nyenyeh ke member-member Klatan..bukang mende,lepah Ganu kaloh ngn Kedoh,pahtu nge Klatang awok ye sedak ngat maen sembur kite..ambik nok skali kaloh di Bukit Jalil..

 gambor ni ade sorang awok kite wat..ramai orang puji gok.bijok ah..

banner dok besor mane,tapi dan jugok masuk TV nge surat kabor..

www.tips-fb.com

Thursday, May 26, 2011

we're orang ganu,we're the punisher

bagus sungguh saudara huzaifah..dengan perkongsian ilmu yang diberikan,kite harap kite kekal dalam kalangan orang-orang yang berada di jalan kebenaran..malah terhindar dari segala perkara-perkara tidak baik..seperti ura-ura yang mengatakan pasukan bola kite diselubungi rasuah setelah berjaya memintas pasukan teratas dan mendahului carta liga super 2011..

tiada syak wasangka mengenai permainan cemerlang terengganu sejak kebelakangan ini..kemenangan 5-0 bukan perkara luar biase..barcelona pon boleh kenakan real madrid 5-0 dalam el-classico,jadi tiada isu yang patut diketengahkan andai kata terengganu membolosi gawang pahang sebanyak 5-0..lebih teruk jika rasuah yang jadi usikan..kedudukan liga sudah boleh menceritakan bagaimana prestasi sesebuah pasukan..


menjelang penghujung saingan liga dan menuju final piala FA di bukit jalil,kita semua kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi.. orang takkan kata pasukan pahang pasukan belasahan..sebab real madrid kalah 5-0 pon orang tak panggil real madrid pasukan belasahan..peace..menang kalah adat permainan

 jarak madrid dan barca setelah tamat liga..5-0???logik!

 
 posisi terkini pasukan terengganu dan pahang..5-0???lagi laa logik!!!



www.tips-fb.com


assalamualaikum...ni, sayer na bg ilmu sket d pg jumaat ni...harap2 kawan-kawan dapat membacanya...



SURAH AL-KAHFI (surah yang ke-18-mengandungi 110 ayat)

Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat”

SURAH AS-SAJDAH (surah yang ke-32-mengandungi 30 ayat)

Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata:”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.

SURAH YAASIN (surah yang ke-36-mengandungi 83 ayat)

Daripada Ma’qil ! Ibni Yasar berkata:

“Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah yaasin itu, adalah jantung hati Al-Quran”.

SURAH AD-DUKHAN (surah yang ke-44-mengandungi 59 ayat)

Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya”.

SURAH AL-WAQIAH (surah yang ke56-mengandungi 96 ayat)

Rasulullah saw bersabda:

” Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya”

SURAH AL-MULK(surah yang ke-67-mengandungi 30 ayat)

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata:

“Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!”

Dan Nabi saw bersabda:

“saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku”.

SURAH AL-HASYR(surah yang ke-59-mengandungi 24 ayat)

Nabi saw bersabda:

“Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati syahid”


ok, setakat ni jep...selamat beramal n sampaikan kepada yg tidak mengetahui..

www.tips-fb.com